Jawab , kalau tak jawab dosa , kalau jawab sayang ^_*
Kebahagiaan yang ditunggu selama ni, hilang sekelip mata. Kenapa semua ni terjadi dekat aku? Apa salah aku? Mungkin ALLAH nak tengok sejauh mana aku mampu bertahan. Tapi, aku tak sekuat yang mereka sangka. Aku lemah gila kalau melibatkan bab perasaan. Air mata seorang perempuan amatlah murah. Tak siapa pun akan sedih apabila melibatkan soal hati.
Seseorang yang aku anggap baik, muka suci, rupanya mempunyai muka yang bertalam-talam. Kenapa dia buat aku macam ni? Perkara yang diluar jangkaan. Hidup kalau tak menghancurkan kebahagiaan orang boleh tak? Sakit hati bila kena macam tu, kau tak rasa weyh. Yang kau tahu, kau puas hati. Beragak la weyh kalau ye pun. Jangan sampai benda yang berlaku dekat aku, jadi dekat kau. Kau pandai. Sebab kau bermain dengan air. Ye memang aku jenis tak pandai nak balas balik. Tapi, aku yaki satu hari nanti, kau akan terima balasan yang setimpal.
Jikalau dia jodohku, ku mohon ya ALLAH. Berilah kebhagaiaan kepada kami. Kuatkan lah kami untuk menerima segala dugaan kau ya ALLAH.
Jikalau dia bukan jodohku, ku mohon ya ALLAH. Sediakan lah dia wanita yang terbaik, yang boleh menjaganya ya ALLAH. Jangan kau beri wanita itu melukakan hatinya.
Aku sayang kau. Memang kebenaran itu sakit. Tapi, aku lega kerana segala persoalan aku, dah terjawab. Sampai sekarang luka dihati aku ni belum terubat. Sumpah aku sedih gila bila dapat twu semua ni. Air mata aku, tak berhenti daripada mengalir. aju sangat mengalir. Aku dah tak sanggup nak tahan air mata aku ni daripada jatuh.
Aku rindu kau. Hari2 aku teringat kau. Lepas kau cerita semuanya, hari-hari aku mimpi kau. Kau cakap, kau rasa sakitnya jugak. Tapi, sakit kau dah terubat. Sebab kau dah ada pengganti. Aku? Susah untuk aku terima semua ni. Sakit sangat weyh. Kau ada suruh aku dengar lagu Setengah Mati Merindukan? Aku ada suruh kau dengar Bahagiamu Deritaku kan? Aku nak kau faham perasaan aku.
Kenapa susah sangat untuk aku terima semua ni? Kenapa hati aku rasa sakit sangat? Ya ALLAH. Aku nak dia. Aku tak nak orang lain. Tapi, aku twu. Aku tak akan dapat dia. Dia dah ada awex la dila. Jangan kejar dia lagi. Biar dia.
Twu tak aku rindu dia? Aku sayang dia? Hari-hari aku baca conversation aku dengan dia. Aku nangis. Kenapa aku nangis? Kau orang kedua yang berjaya buat aku nangis sebab hati. Tak apalah. Aku cuba untuk terima ni semua. Aku doakan, kau bahagia dengan si dia ok. Aku tak akan biarkan kau sedih lagi tau. Tau. Aku sayang kau. Terima kasih sebab dah jawab segala persoalan aku selama ni.




